Monday, January 11, 2010

Politik oh Politik AJL 24..

Last nite berlangsungnya AJL ke 24..Seperti yg aku dah kata tahun ni mmg sengit giler and susah nak ramalkan..So, that's why ramalan aku banyak tak mengena haha Overall malam tadi, semua buat persembahan yg mantap..Daripada pembukaan sampaila ke persembahan selingan di akhir...

Apa2 pun keputusan mlm tadi bagi aku ada yg ok dan ada yg boleh dipertikaikan huhu..Bagi aku, malam tadi banyak benda nampak mcm dirancang..Ok, sebelum tu aku nak komen ttg pemenang2 malam tadi..Overall, aku hanya puas hati dengan kemenangan Yuna and also Faizal Tahir..But I really don't think Aizat should have won last nite...Ok, mmg kalo ikut ramalan aku, aku jangka CINTA ADAM DAN HAWA yg menang but lepas aku tgk persembahan semua artis mlm tadi..pilihan aku adalah :

JUARA LAGU : DAN SEBENARNYA - YUNA
TEMPAT KEDUA : BENCINTA - FAIZAL TAHIR
TEMPAT KETIGA : SITUASI - BUNKFACE or PERGI - AIZAT

YA..Itulah ramalan aku semalam..Aku btul2 rasa yg YUNA patut menang mlm tadi..The moment dia start jew aku dah dpt rasa something..The aura was really strong..Plus dia tukar cikit2 arrangement lagu tu yg membuatkan lagu tu jadi sesuatu yg unik..Lagipun, kalo difikirkan,DAN SEBENARNYA tu lagu yg betul2 jujur dan ikhlas and lagu tu mcm bawak satu dimensi baru pada industri muzik..Tapi, sayang takde rezeki..

Begitu jugak dgn Faizal Tahir..Performance dia walaupun tak 100 % like ususal but still aku rasa dia buat satu persembahan yg gempak..Walaupun sakit, tapi dia tetap bagi yg terbaik..Vokal dia pun tetap layak utk menang Vokal Terbaik..Sepatutnya lagu ni dapat no.2...

And for Persembahan Terbaik..aku tak rasa KAU AKU patut menang..Dia just gunakan budak2 nak havockan pentas tu but i don't see any point pun semua tu..Persembahan terbaik sepatutnya merangkumi semua aspek mcm Faizal Tahir last year..Vokal, performance, Kreativiti semua..Bagi aku, persembahan yg kreatif mlm tadi is TOMOK - RINDU TERHENTI..Permulaan persembahn dgn video klip lakonan pasal ex tomok yg mati probably coz sakit dan carry on dgn persembahan yg menyentuh pastu kat satu part tu tiba2 ada mcm Tomok dpt rasa kehadiran ex dia memeluk dia tu and then sambung balik nyanyi..Bagi aku, mmg kreatif coz rasa mcm satu penceritaan..Something yg kita boleh relate dgn lirik lagu tu..Tak tahu kenapa juri tak nampak semua tu..Padahal ada pun Fatimah Abu Bakat kat kerusi juri tu..Takkan tak dpt tangkap cerita tu..Aku yg takde background filem pun boleh rasa hahaha oopss lupa kenapa Fatimah Abu Bakar tak nampak..Takpe2 nnt aku terangkan..hehehe And Stacy pun buat satu persembahan yg gempak..Ala2 Lady Gaga lagi huhu tapi aku tak terkejut dia tak menang coz aku tau dah bertahun2 AJL takkan bagi Persembahan Terbaik kat lagu2 berentak Dance ni..Persembahan Bunkface pun best jgk..Siap bwk Arill n Nurul Idola Kecil 2 lagi..

Utk Vokal Terbaik pulak, aku dah agak yg mesti menang nnt Black..Tak tau nape aku mcm dah dpt agak dorg mesti menangkan Black jgk..Mmg aku tak nafikan dia layak tapi aku rasa Faizal Tahir and Misha lebih layak..Lagipun apa motif tv3 kasik Black nyanyi sama time Meet Uncle Hussein perform??mmgla lagu drama king tu lagu dia dgn MUH tapi dia kan finalis so mana patut buat performance dlm pertandingan yg dia sendiri bertanding..Nampak mcm saja nak expose dia lebih cikit so org boleh tgk vokal dia mmg power and mmg patut menang vokal terbaik..Daripada skrip pun mcm balik2 mention vokal Black ni power semua, for what??Faizal Tahir patut menang..Walaupun sakit, tapi vokal yg dia pamerkan tetap hebat..

Ok, and ttg kemenangan PERGI sebagai Juara Lagu..Aku tak kata lagu ni tak bagus..Even aku pun ada predict dia menang but not as a Juara Lagu..Kalo No. 2 or No. 3 tu boleh terima lagi..Banyak benda yg boleh diragui ttg kemenangan lagu ni..:

1. Seperti yg sedia maklum, lagu ni merupakan lagu tema filem TALENTIME arahan arwah Yasmin Ahmad, yg merupakan mentor atau sifu kepada Dato Farid Ridzuan ( Bos tv3 tu ) serta kwn bek kepada Fatimah Abu Bakar, yg mana kedua2 mereka merupakan juri pada malam tu..

2. Dato ct pun ada agenda tersendiri..Semua tahu yg Ct minat giler kat Aizat..Bulan 2 ni pun dia akan terbitkan konsert aizat kat Istana Budaya, so mcm ada faktor2 bias kat situ..

3.Sepatutnya, Farid Ridzuan and Fatimah Abu Bakar tak patut jadi juri..Semua org tahu, dorg dua sangat rapat dgn Arwah Yasmin Ahmad..So,mestila dorg cenderung utk bias pada lagu PERGI ni..

4. Farid Ridzuan tak pernah umur jadi juri AJL tiba2 tahun ni jadi...Kenapa tak guna jew Azhar Borhan (org tv3 jgk ) yg jadi ketua juri kat semi final aritu coz dia mmg ada background music so mmg layak nak jadi juri..

5. Kalo la nak kata lagu tu nak mengenang kembali Arwah Yasmin and sebagai pengiktirafan kepada arwah, macam mana plak dgn CINTA ADAM & HAWA?? Lagu tu pun karya terakhir Loloq..and dah pernah jadi Lagu Pop Terbaik AIM 2009 lagi..Tak ke tak logik tak dpt satu tempat pun?

Mmg banyak unsur2 bias dan politik dgn kemenangan Aizat dgn lagu PERGI tu..Aku tak kate lagu tu tak layak menang langsung tapi cuma aku tak rasa lagu tu boleh diangkat sebagai Juara Lagu..And kalo korg perasan, lepas je lagu tu diumumkan sebagai Juara Lagu,penonton kat stadium mcm tak setuju..Selalu kalo dah umumkan Juara, sorakan pasti kuat seluruh stadium mcm Meet Uncle Hussein or Estranged dulu..Tapi perasan tak yg semalam yg bersorak juz penyokong2 Aizat je..Ally,Cheryl n FBI pun nampak muka dorg cam terkejut penonoton tak bersorak or bertepuk tangan..Sampai dorg pulak yg kena mintak org tepuk tapi tu pun tak kuat org tepuk..Masa Aizat nyanyi semula pun bila dia suruh org nyanyikan sama2, org tak respond..Kebanyakan org nampak mcm tak setuju dgn kemenangan tu..Ramai keluar drpd stadium pas diumumkan Aizat menang..So, maknanya org lain pun mesti berpendapat yg sama cam aku..Tak pernah dlm sejarah AJL, pemenang tak diraikan dgn sorakan, tepukan atau standing ovation drpd penonton termasukla selebriti2 yg ada kat bwh tu semua..

Bagi aku, AJL kali ni bermula dgn cantik, hebat and boleh dikatakan yg terbaik berbanding tahun2 sebelum ni..Tapi, dicacatkan pulak saat akhir dgn keputusan yg mcm tu..Pengakhiran yg anti klimaks..Walau apapun, benda dah lepas..Tak ley nak watpe dah..Cuma agak kecewa..Kepada finalis2 len mcm Bunkface,Hujan,Stacy,Misha, Tomok,Estranged..U guyz are among the best last nite..Tak menang pun takpe..Coz korg dah buktikan yg korg mmg bagus ang gempak..Congrats to all finalist..Hope next year, no more politic okay? huhu

1 comment:

suri dayang said...

setuju sangat dengan komen saudara , saya yg tengok tv kat rumah x puas hati sgt dgn keputusan malam tadi...jika saudara pilih tomok utk persembahan terbaik bagi stacy lebih hebat...stacy sentiasa mengempakkan pentas2 persembahan di mana sahaja...AJL 24 hebat tapi ending result sungguh mengecewakan..harap Dato Farid x perlu masuk campur jadi juri cukuplah org2 bawahan dia buat kerja...