Tuesday, August 09, 2011

Jika Denganmu Salah, Ku Tak Mahu Yang Benar..







Dah lama sebenarnya aku tak dengar lagu melayu tapi haritu tgh dok mencari2 lagu kat youtube terjumpa video kat atas ni..Mula2 dgr jew terus melekat dlm kepala..Serius sedap giler lagu ni..Dorg ni ialah FORTEEN.. Dorg ni artis baru under Kru Studios..Lagu kat atas ni pun ciptaan Edry Abd halim..First time dgr aku dh suka giler lagu ni..Puas cari full VC tapi mmg tak jumpa2 tension.. Nak cari lagu dia pun susah tapi alhamdulillah dah jumpa .. Kalo nak dgr yg Full tgk video bwh ni:




Aku mmg respek dgn Kru sbb dorg mmg pandai cari bakat baru yg bagus..Lagu ni mmg sedap sgt..SERIUS..Ni lirik lagu ni :

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu


Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda padah
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda padah
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu



Aku plg suka lirik time chorus yg aku emphasize kat atas tadi.. Lirik tu asyik bermain2 je kat mulut aku ni..dah lama aku tak suka lagu melayu tapi lagu ni betul2 buat aku suka balik lagu melayu..Perfect aku rasa lagu ni dari segi muzik,vokal and VC even though tak full nmpk mcm lawa jew..Bravo Kru kerana telah berjaya buat aku suka lagu melayu balik.. Good Luck utk FORTEEN.. I believe u guys can go far.. : )