Tuesday, January 20, 2009

AJL 23..

AJL 23 telah pun melabuhkan tirainya pada malam 18 Januari yg lalu dengan menyaksikan kemenangan berpihak kepada MEET UNCLE HUSSEIN.. Dan rata - rata ramalan Paan hari tu mengena kecuali kategori Etnik Kreatif & Persembahan Terbaik.. Ini senarai pemenang pada malam tu:

Juara Lagu : Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussein
Juara Etnik Kreatif : Persoalan Cinta - Farawahida
Juara Balada : Sampai Syurga - Faizal Tahir
Juara Pop Rock : Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussein
Persembahan Terbaik : Faizal Tahir - Sampai Syurga
Vokal Terbaik : Faizal Tahir - Sampai Syurga

Keputusan tahun ni sememangnya tepat cuma mungkin ada banyak orang yg mempertikaikan keputusan bagi kategori persembahan terbaik & vokal terbaik.. standard la tu, rumah siap, pahat berbunyi.. keputusan juri adalah muktamad so terima jela

Boleh dikatakan AJL 23 ni adalah antara yg terbaik dalam penganjurannya..semua peserta mempamerkan persembahan yg hebat tak kira yang bertanding,interlude mahu pun persembahan pembukaan..

SOFAZ - BUKAN DI SINI


Persembahan yang ok..sedap tapi biasa je..macam takde keinginan nak menang..

AIZAT - LAGU KITA




Persembahan yg bersahaja dari Aizat tapi cukup indah.. Simple but meaningful..ada kakak Aizat enterframe sama hehe persembahn bagus cuma mungkin saingan sengit, bukan rezeki tapi still da best..



AIMAN - DUSTA BERKALANG




Mula2 opening rasa mcm dah best dah,mcm nak kena dgn konsep peperangan kat Gaza tu tiba2 keluar plak Aiman yg berpakaian tak ubah mcm Firaun sesat kat zaman moden ni.. Aiman plak nampak nervous, nyanyi pun tak duduk kat center stage tapi duduk kat tepi sdgkan center stage tu dibiarkan kosong..Sayang coz lagu ni patutnya boleh menang..


FAIZAL TAHIR - CUBA




Persembahan yg baik and quite simple but the vocals was superb as usual..kalau takde lagu SAMPAI SYURGA pun rasanya lagu ni susah nak menang coz tak mcm ballad but lebih kepada rock but anyway still a good performance..


ESTRANGED - YANG PERNAH




Rasanya kali ni Estranged kurang menyengat sikit la.. tu pendapat peribadi la..performance dorg tak segempak last year..tapi still best jgk especially bila dorg keluar dari tabir tu, quite interesting to watch..kalau takde Meet Uncle Hussein maybe dorg ada peluang

AYU - HANYA DI MERCU



The 1st thing that came in my mind when i saw her is SEJIBIK OPRAH WINFREY haha tapi orait la tu yg penting performance dia bagus,vokal tak kantoi mcm semi final,everything was good cuma tak de rezeki..

ZAHID & HELIZA - DOA DALAM LAGU



Persembahan yg biasa2 je tapi rasanya Zahid nyanyi lagu ni lebih sedap daripada Mawi..a bit soft compared to Mawi's voice..

FAIZAL TAHIR - SAMPAI SYURGA



Persembahan yang kreatif..mula2 ingatkan apa la org ramai ni buat kat atas stage tu, krew AJL ke? rupa2nya gimik..walaupun banyak org kate performance ni ntah pape tapi to me it was brilliant..semua yg Faizal buat tu sebenarnya berdasarkan lirik lagu tu sendiri..hanya yg btul2 faham je akan tahu kenapa persembahan ni jadi persembahan terbaik..vokal pun superb..

SPIDER - BILA NAK SAKSI




Persembahan yg simple sama macam Relaku Pujuk dulu cuma takde pape pembaharuan..sama je macam selalu..maybe sbb tu tak menang..tapi vokal Tam as usual, best..

STACY - AKU STACY




This was probably da most energetic and exciting performance of the night..As predicted, Stacy mesti akan buat yg gempak..and rasanya Stacy la yg mula memanaskan keadaan malam tu sampai la ke persembahan yg terakhir..walaupun tak menang persembahan terbaik, tapi performance Stacy still one of da best performance that night..

ZIANA ZAIN - DINGIN



Persembahan yg mantap..vokal Ziana power betul walaupun dah agak kertu..mati2 ingat dia yg dapat anugerah vokal terbaik tapi macam yg selalu cikgu siti hajar cakap, tak semestinya org nyanyi high pitch tu teknik dia betul..so maybe yg profesional lebih tahu nape Ziana tak layak menang ..anyway still a good performance..

MEET UNCLE HUSSEIN - LAGU UNTUKMU



What else to say ? dari awal persembahan sampaila ke akhir, it was brilliant..very energetic, good vocal..tgk pun dah boleh agak yg dorg akan menang and dorg memang layak menang malam tu..very powerful..

FARAWAHIDA - PERSOALAN CINTA




Persembahan yg tak ubah macam Noraniza Idris haha performance bagus..semua ok dgn meriahnya pentas with the dancers, ditambah pula dgn saingan lain dalam kategori ni yg buat persembahan biasa2 je, mybe sebab tu boleh menang kot..

ELYANA - KALIS RINDU



Persembahan yg agak mengecewakan bagi Paan..Nampak terlalu santai nyanyian Elyana sampai tak clear.. pastu mula2 tu mic tak on ke ape tak tau la yg menganggu sedikit performance..sayang coz lagu ni sepatutnya boleh menang..Meet Uncle Hussein pun kate macam tu..Paan lagi suka persembahan masa semi final aritu..


Overall, AJL 23 kali ni memang da best..congrates to all da winners and 4 those who didn't win, try again next year..

Saturday, January 17, 2009

Ramalan AJL 23





ILUMINASI MUZIK





Esok bakal berlangsung Anugerah Juara Lagu yang ke - 23.. kali ni AJL menyaksikan 14 buah lagu bakal bertanding dalam 3 kategori : Etnik kreatif, Pop rock dan Balada... Paan memang tak pernah miss tgk AJL ni every year.. The 1st time Paan tgk Juara Lagu is when I was 6..masa Ct menang Juara Lagu utk lagu Jerat Percintaan..

Okay disebabkan esok adalah AJL 23 so, Paan jgk ada certain predictions 4 each category.. but b4 that here are the 14 songs that wiil compete tomorrow :

ETNIK KREATIF




1. Dusta Berkalang - Aiman ( Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya)


2. Doa Dalam Lagu - Zahid & Heliza ( Ajai /Loloq)



3. Persoalan Cinta - Farawahida ( Julfekar/Ku Seman, Izza Rosley)





Pop Rock




1. Aku Stacy - Stacy ( Intan Norul Azlin/Layla Ismail)

2. Yang Pernah - Estranged ( Estranged/Estranged)


3. Bukan Di Sini - Sofaz ( Zimi, Ameer/One)


4. Lagu Untukmu- Meet Uncle Hussein ( Taja,Tass,Lan/Taja,Tass)


5. Kalis Rindu- Elyana ( Aidit Alfian/Ad Samad)






Balada

1. Lagu Kita - Aizat ( Aizat/Aizat)



2. Coba - Faizal Tahir ( Audi Mok/Faizal Tahir)



3. Bila Nak Saksi - Spider ( Tam/ Loloq)



4. Sampai Syurga - Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir)



5. Dingin - Ziana Zain ( Azlan Abu Hassan/Azalea)



6. Hanya Di Mercu - Ayu ( Aubrey Suwito/Habsah Hassan)




And now,here are my predictions :




Etnik Kreatif










Dusta Berkalang - Aiman ( Hafiz Hamidun/ Ahmad Fedtri Yahya)

Antara 3 lagu yg ada dalam kategori Etnik Kreatif, lagu ni ada peluang yg cerah utk menang kerana komposisi muziknya yg bagus,jgn lupa Hafiz Hamidun banyak menerima anugerah utk Susunan muzik dalam AIM dan sebagainya..begitu juga lirik yg ditulis Fedtri,sungguh mendalam..lagu ni seakan kena dgn peperangan yg sedang berlaku di Gaza so mungkin ada peluang..tapi mungkin akan menghadapi saingan sengit daripada lagu DOA DALAM LAGU.. Lagu ni juga ada peluang kerana ada elemen2 arab dlm lagu ni dan jgn lupa lirik lagu ni ditulis oleh Loloq,so pastinya lirik lagu ni juga amat bagus..Lagu PERSOALAN CINTA juga mampu membuat kejutan jika kelainan yg dicari kerana lagu ni sarat dgn elemen orientalnya serta lirik yg indah..



Pop Rock






Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussein ( Taja,Tass,Lan/ Taja,Tass)


Dalam kategori Pop Rock pulak, lagu ni adalah calon favourite utk memenangi kategori ini..lagu ni ada kelainan berbanding lagu lain kerana melodi dan komposisi muziknya segar dann bertenaga serta kdg2 kedengaran seperti muzik brit-pop yg seakan2 Coldplay dan sebaginya..lagu ni berjiwa dan liriknya juga antara yg terbaik kerana penceritaannya yg berbeza.Saingan terdekat tentunya dari lagu YANG PERNAH.. tak mustahil Estranged mengulangi sejarah tahun lepas kerana lagu ni lebih bertenaga dan energetik daripada Itu kamu..komposisi muziknya juga lebih baik jika dibandingkan dgn Itu Kamu. .lagu ni juga mampu mengalahkan LAGU UNTUKMU..jgn tekejut jika KALIS RINDU yg memenangi kategori ni kerana lagu ni cukup catchy dgn sedikit elemen broadway pastinya menjanjikan satu kelainan ditambah pula dgn lirik dari Ad Samad yg sgt menarik dan berseni,tak mustahil lagu ni bakal menang..BUKAN DI SINI dan AKU STACY juga bagus cuma mungkin tidak sekuat 3 lagu ini namun jgn terkejut kerana AJL kan penuh kejutan,seperti tahun lepas, siapa sangka Estranged akan menang kan? so mana tahu 2 lagu ni mampu mengulangi sejarah tersebut.. tapi lagu AKU STACY mampu buat kejutan sama seperti Itu Kamu tahun lepas..








Balada










Sampai Syurga - Faizal Tahir ( Audi Mok/Faizal Tahir)



Lagu ni ialah calon utama utk menang kategori ni kerana lagu ni cukup kuat dari segi komposisi dan penciptaan lagu yg dilihat cukup berbeza..liriknya juga ringkas namun mendalam ditambah pula dgn vokal dan penghayatan Faizal yg menjadikan lagu ni sgt indah.COBA juga berpeluang utk menang..Saingan terdekat adalah lagu DINGIN kerana melodinya cukup kuat dan indah begitu juga lirik yg mendalam,jgn lupa komposer lagu ni, Azlan Abu Hassan ialah juara kategori ni tahun lepas.. HANYA DI MERCU juga mampu membuat kejutan kerana lagu ni seakan2 lagu GEMILANG-JAC.. lagu ni sgt berinspirasi ditambah lirik yg begitu sempurna dari Habsah Hassan serta melodi kuat dari Aubrey Suwito,lagu ni juga dilihat mempunyai peluang utk menang..Kalau kelainan yg dicari maka LAGU KITA lah yg layak menang..lagu yg simple dan indah dgn lirik yg ringkas tapi bermakna..lagipun lagu ni mmg kena dgn pasaran dan kehendak pendengar zaman skrg maka tak mustahil lagu ni mampu menang..BILA NAK SAKSI juga mampu membuat kejutan,ingat lagi RELAKU PUJUK menang mengejut mengalahkan lagu yg cukup kuat PULANGKAN?


Vokal Terbaik






Faizal Tahir - Sampai Syurga

Siapa yg dapat menyangkal kehebatan vokal Faizal Tahir? ditambah pula dgn dua lagu tercalon, menjadikan Faizal berpeluang cerah utk merangkul anugerah ini kerana saingannya adalah dirinya sendiri utk lagu COBA, namun SAMPAI SYURGA lebih menunjukkan kekuatan vokal Faizal..saingan Faizal tentunya Ziana Zain kerana DINGIN cukup mempamerkan kehebatan vokal Ziana..Selain tu, Lan dari Meet Uncle Hussein juga mampu memenangi kategori ni kerana vokalnya yg mantap dan unik..tak mustahil juga Stacy kerana seperti yg diketahui, walau selincah mana Stacy menari,vokalnya tetap menyerlah dan tak pernah pancit,menunjukkan betapa bagusnya kawalan vokalnya walaupun menari.. Elyana juga mampu buat kejutan dgn nyanyiannya yg bersahaja..







Persembahan Terbaik










Stacy - Aku Stacy

Org yg paling tepat utk memenangi kategori ini kerana kita tahu setiap persembahannya mesti diiringi gerak tari yg mantap,lincah dan sgt energetik..Stacy sentiasa memberikan persembahn yg penuh stamina.,bertenaga dan vokal yg mantap tanpa pancit walau selincah mana pun Stacy menari...setiap kali Stacy menyanyikan lagu ni,pasti kaki kita terasa mahu menari bersama mengikut melodi lagunya yg sgt catchy dan energetik..


Juara Lagu




Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussein ( Taja,Tass,Lan/Taja,Tass)

Lagu ni merupakan calon paling layak utk menjadi Juara Lagu pada tahun ini..lagu ni mencetuskan fenomena dan mencipta kelainan..lagu ni sgt unik,ringkas dan bertenaga dan sgt layak dinobatkan sebagai Juara Lagu..namun lagu2 lain yg juga berpotensi menjadi Juara Lagu adalah seperti SAMPAI SYURGA,DUSTA BERKALANG,DINGIN,HANYA DI MERCU,KALIS RINDU,LAGU KITA,YANG PERNAH.. tapi bagi Paan, Paan suka kalau lagu AKU STACY yg menang hehe ( Paan mmg minat Stacy)..sbb bg Paan lagu ni paling catchy antara semua..Paan tau kalau dari sudut profesional,lagu ni tipis nak menang sebab pada dorg lagu ni biasa je tapi bagi Paan, lagu yg baik ialah lagu yg bila 1st time kita dgr je kita dah boleh tangkap dan lagu ni ada aura tu..lagi pun lagu ni kalau dgr je kita rasa bertenaga dan nak menari..very catchy..ada elemen rock n roll dan 60's sikit dalam lagu ni yg bagi Paan cukup unik..tapi ni pendapat org yg bkn pro macam Paan je la..hehe



So, itulah ramalan Paan utk AJL 23 esok..nak tau keputusan sebenar, sama2 la kita tunggu esok...

Wednesday, January 14, 2009

Aku Sentimental??

Paan jarang cerita pasal diri Paan kat sini kan?? hehe so Paan rasa apa salahnya kalau Paan cerita sikit pasal diri Paan serba sedikit.. ok Paan sebenarnya anak bongsu daripada 3 beradik yg semuanya lelaki..



Paan nak crita sebenarnya pasal sifat sentimental dan sensitif yg menebal dalam diri Paan ni..haha kalau nak tahu, Paan ni seorang yang sangat sensitif.. Paan memang cengeng, cepat tersentuh dan mudah menangis dari dulu lagi.. tengok crita yg sedih sikit, yg agk2 menyayat hati sikit haa banjir lah air mata ni..hahha nak2 kalau dgr lagu2 sedih ni, lagi la Paan boleh nangis.. nak lagi teruk?? kalau Paan nampak perempuan tua mintak sedekah ke, yg bawak ank ke pun Paan akan menangis..selain tu, Paan jugak jenis yg cepat kesiankan org.. kalau tgk org buta ke,cacat ke kat mana2 mesti Paan rasa nak menangis.. kronik kan?? hahaha..



Berbalik soal Paan senang menangis kalau tgk crita2 yg sedih ni..kebanyakan filem yg boleh buat Paan sedih ialah filem2 cinta la..of course hahaha..disebabkan jiwa Paan yg agak sentimental ni, sukar utk Paan menggemari filem2 action...hahaha tapi ada gak filem2 action yg Paan leh layan..

antara filem yg bila tgk boleh buat Paan menangis :



1.SEPI


walaupun filem ni tak berapa BOX-OFFICE tapi bagi Paan filem ni still one of the best movies Malaysia have ever had.. antara 3 crita dalam filem ni, Paan paling tersentuh dengan kisah antara SUFI ( TONY EUSOFF) -MARYA(EJA)..tapi babak sewaktu AFDLIN SHAUKI tgk video2 wedding sewaktu dia dalam kitchen dia sambil menangis memkirkan nasibnya yg tak habis2 gagal dalam percintaan bagi Paan juga menyentuh hati..dengan iringan lagu KAU ATAU DIA -THE LIMA sewaktu scene ni, memang menyentuh hati..


2. AYAT-AYAT CINTA




Ni pun merupakan salah satu filem yg Paan suka sgt..yg menarik ttg filem ini sebab ianya satu filem ttg cinta tapi sarat dengan nilai2 keagamaan..Sinematografi yg sangat cantik,runut bunyi yg mengasyikkan,lakonan mantap pelakon2 dan yg paling penting penuh dengan ayat-ayat cinta yg sangat mengujakan..PERFECT..



3.HEART




antara semua filem yg Paan senaraikan di atas, Filem ni yg paling menyayat hati bagi Paan..banyak scene2 yg boleh buat Paan menangis dalam filem ni.. mcm masa Rachel mula rasa kehilangan Farel, masa Rachel pura2 ada date,masa Rachel tlg siapkan Farel utk date Farel dgn Luna,Masa rachel kat hospital bersebelahan dgn Luna tapi Farel ttp gak pntingkan Luna daripada dia and of course, last scene masa Farel panjat pokok yg selama ni dia tak boleh nak panjat dan nampak ukiran FAREL LOVE RACHEL setelah kematian Rachel selepas mendermakan hatinya kepada Luna..tgk banyak kali pun mesti nanagis jgk..




4. A WALK TO REMEMBER



Satu lagi film yg kurang popular tapi cukup meninggalkan kesan di hati Paan..kalau tak silap ni filem pertama MANDY MOORE.. tapi lakonan dia sgt bagus..film ttg bagaimana seorang lelaki troublesome yg tak de arah tuju dlm hidup,hung out dgn kwn2 yg aimless akhirnya brubah bila mengenali seorang wanita yg serius dan a bit conservative..saat masing2 ingin menikmati kebahagiaan,dugaan melanda bila Jamie rupa2nya tidak akan hidup lama kerana sakit.kerana cinta,Landon mengahwini Jamie di saat ajalnya semakin hampir.. dialog plg berkesan masa Jamie(Mandy Moore) ckp kpd Landon(Shane West) : You have to promise you won't fall in love with me.. dia ckp camtu coz dia tau dia nak mati..

5. CINTA PERTAMA


" Aku merasa ada yg hilang tanpa tahu apa yg sudah aku temukan..Aku merasa menemukan dan tak tahu apa yg aku cari..Dan aku seperti masih mencari tanpa tahu apa yg sudah hilang"
itulah dialog dari ALIA(BUNGA) yg meninggalkan kesan di hati Paan..Basically, this film is about what our heart really wants..apakah yg kita miliki skrg adalah pilihan yg terbaik & yg btul2 kita mahukan.. scene yg sedih of course masa ABI (RICHARD KEVIN) baca diari ALIA dan mengetahui bahawa di saat2 perkahwinan mereka semakin hampir pun,ALIA masih tak dapat melupakan dan mengharapakn cinta pertamanya , SUNNY(BEN JOSHUA)..juga yg menyayat hati sbb ALIA&SUNNY sebenarnya saling mencintai tapi tak pernah nak luahkan sehinggalah dorg terpisah.. dan scene masa SUNNY meluahkan cintanya kepada ALIA sewaktu ALIA dlm koma dan kemudian ALIA pun meninggal which reflects ALIA bertahan hidup spnjg koma just to hear SUNNY meluahkan apa yg diharap2kn sjak dulu..


Actually bnyk lagi filem lain yg boleh buat Paan ngis tapi lain kali Paan critakan lagi.. .

Friday, January 09, 2009

IMPRESSED

Lama rasanya Paan tak de post pape kat blog ni..actually spnjg bulan DISEMBER tu Paan ada bnyk sgt keja so tak de masa nak post pape.. so skrg ni bila da free, baru la Paan kembali beraksi.. wah.. statement mengalahkan artis hahaha..selama sbulan lebih Paan tak post pape ni sebenarnya banyak jugak benda2 menarik yg berlaku tak kiralah dalam dunia hiburan ke,politik ke,isu semasa dan lain2.. so sempena tahun baru ni, azam Paan ialah nak post kat sini kalau boleh sekerap yg mungkin la..



Pagi tadi Paan pegi Tesco Ampang..temankan mak shopping barang2 dapur..malas nak ikut sebenarnya, ngantok haha tapi disebabkan Paan lebih malas nak dgr mak membebel so pegi jugak lah.. sambil jalan2 tu Paan singgah kat satu music store ni..saje nak tgk album2 or dvd terbaru yg menarik.. masa tgh menengok2 tu mata Paan tertarik pada satu album ni..Paan tak perasan album sape at da first time, tapi tertarik tgk cover album tu.. very da unique.. nampak sepasang mata yg sgt cantik.. at first Paan ingt album artis dari timur tengah..Paan pun membelek la album tu.. alangkah terkejutnya Paan apabila mengetahui album tersebut rupanya album terbaru DATO SITI NURHALIZA - LENTERA TIMUR.. And i was like.. WOWW.. So unique..nampak lain sgt SITI..cantik sgt


Mati2 Paan ingt album artis arab ke rupa2nya alabum Siti.. I was very impressed...album ni mengetegahkan konsep tradisional kontemporari..banyak komposer terkenal yg menyumbangkan lagu2 mereka dalam album ni antaranya Pak Ngah,Fauzi Marzuki,Adnan Abu Hasan, M.Nasir,Johan Nawawi ( Nora bkn tak ngam ngan Siti ke ?? ),Khairil Johari Johar,Zul Mahat, S.Atan,Katon Bagaskara and the few other lyricists.. disebabkan teruja.. Paan pun beli album ni.. Still dgr2 lagi ni and the album is quite good.. Paan suka lagu JELMAKANLAH AYUMU, DI TAMAN TEMAN and CINTA INI.. GOOD JOB CT...

P/S : Album ni sempat ke agk2 tercalon dalam AIM nanti ek?? kalo sempat mesti boleh menang banyak award..