Saturday, January 09, 2010

Siapa Bakal Juara AJL 24?


Esok bakal berlangsung Anugerah Juara Lagu ke - 24.. Aku tak sabar + excited nak tengok esok coz to me, this year is the toughest AJL ever haha Memang serious sengit giler tahun ni aku rasa..Boleh dikatakan semua finalis dan lagu yg bertanding merupakan Killer Song utk tahun 2009 ( kecuali lagu Black la,tu lagu kanak2 tadika haha )..Plus, yg membuatkan AJL tahun ni antara AJL paling sengit pernah diadakan is bcoz for this year, tiada kategori utk setiap lagu yg bertanding..Semua lagu bersaing secara terbuka..GILER ah...If I were one of the judges pun aku rasa aku pening nak pilih siapa yg patut menang coz aku rasa semua lagu berpeluang utk menang ( and once again, kecuali lagu Black haha )..

Ok, AJL tahun ni bertemakan MUSIC UNFOLDS..Means AJL kali ni akan menghuraikan perkembangan dan perjalanan muzik Malaysia dari tahun 60-an hinggalah sekarang..Dan dengar kata, malam tu jgk akan diserikan dengan persembahan band2 popular daripada tahun 60-an sampaila sekarang bagi mengintepretasikan tema MUSIC INFOLDS tu sendiri..Disebabkan tiada kategori dipertandingkan tahun ni, kita hanya kan menyaksikan pemenang utk JUARA LAGU, tempat kedua,tempat ketiga, persembahan terbaik dan vokal terbaik..And dengar kata jgk tahun ni ada anugerah finalis popular kot anjuran hotlink..
Ok, berikut merupakan senarai lagu dan artis yg bertanding malam esok mengikut giliran persembahan :

Lagu bertanding

1) Aurora (Estranged/ Estranged)

2) Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah/ Ajai/ Habsah Hassan)

3) Cinta Adam & Hawa (Misha Omar/ Azmeer/ Loloq)

4) Masih Jelas (Hafiz/ Aidit Alfian/ Ad Samad)

5) Situasi (Bunkface/ Sam)

6) Pakai Buang (Stacy/ Edry)

7) Pergi (Aizat/ Pete Teo)

8) Aku Skandal (Hujan/ Noh)

9) Bencinta (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)

10) Aku Rindu Sayang Kamu (Black/ Yuzai)

11) Bengang (Akim/ Amir/ Sheikh Qalam)

12) Dan Sebenarnya (Yuna/ Yuna/ Paan/ Efry/ Adil)

13) Kau Aku (Aizat/ Aizat)

14) Rindu Terhenti (Tomok/ Aubrey Suwito/ Tinta)


Okay seperti biasa, hehe aku pun ada jgk ramalan aku sendiri..Tapi masalahnya tahun ni, aku sendiri tak boleh jangka siapa yg akan menang kerana mmg tahun sangat sengit...Semua lagu boleh menang..Tapi walau bagaimanapun, aku ada jgk beberapa pilihan sendiri...


PERSEMBAHAN TERBAIK

Kalau last year, aku confident mengatakan Stacy akan menang tapi ternyata, ramalan aku meleset coz Faizal Tahir yg menang..And I think for this year , aku tak berani nak ramalkan siapa coz sekarang aku dah sedar yg kategori ni actually bergantung pada persembaham mlm tu sendiri so selagi kita tak tgk setiap persembahan, kita takkan dpt teka siapa yg patut menang..Mungkin Faizal Tahir boleh menang sekali lagi coz dia dah buktikan last year yg dia seorang yg kreatif but who knows bout this year kan? Dia sakit and dgr kata nak berdiri lama2 pun tak kuat so maybe performance dia akan jadi sederhana.. Stacy tetap berada dlm kepala otak aku utk kategori ni haha Memang kalau difikirkan, Stacy memang takde masalah dlm persembahan ..Selalunya meletup..And dgr kata tahun dia nak balas dendam utk last year..Dia kata tahun ni dia janjikan persembahan yg meletup, so I guess, mesti gempak punya la..Walau bagaimanapun, dgr kata ramai jgk yg dah prepare nak buat something..Hafiz dgrnya akan buat persembahan berkonsepkan teater muzikal sikit dengan bimbingan koreografer terkenal, Pat Ibrahim ( yg koreograf Puteri Gunung Ledang Musical ), so mesti gempak jgk..Misha Omar pulak dgrnya akan bikin panas pentas dgn gelekan arabnya utk lagu CINTA ADAM DAN HAWA..So sama2 la kita tunggu, sapa yg akan menang..Pilihan aku for now, masih...







VOKAL TERBAIK

Tahun ni menyaksikan persaingan sengit utk kategori ni coz banyak calon yg aku rasa boleh dan mampu utk merangkul anugerah ni..Faizal Tahir bagi aku paling layak tapi dia kan sakit so maybe akan affect persembahan dia malam tu..Hari tu masa konsert new year pun dgr dia nyanyi mcm tak brape sikit so mungkin malam esok pun macam tu jugak.. Misha Omar aku rasa berpeluang cerah utk menang kategori ni..Lagipun dia dah pernah menang kategori ni 2 kali dulu so itu pun dah cukup membuktikan kehebatan dia..Lagu CINTA ADAM DAN HAWA tu pun sangat mencabar utk dinyanyikan..So, vokal gemersik Misha mungkin akan memikat hati juri..Jangan lupakan jugak pada 2 'Juara' ni..Hafiz dan juga Black..Dorg berdua pun mampu buat kejutan..Black mcm yg kita tahu,mempunyai vokal yg sgt power terutama high pitch..Begitu juga Hafiz..Vokal dia jgk sgt hebat utk lagu MASIH JELAS tu..And lagi seorang, Alyah..Vokal minah ni power jgk..Tengok jela masa semi final aritu, dia nyanyi lagu TAK MUNGKIN KERNA SAYANG tu mcm kacang jew padahal aku dgr gilerrr punya power vokal dia..Dia mungkin saingan terdekat Misha dan Faizal..Sayang Jac takde kalo tak mesti gempak.. Misha vs Faizal vs Alyah vs Jac huhu.. Okay, pilihan aku :




JUARA LAGU

Tahun ni sukar nak ramalkan siapa yg akan menang..Semua lagu kuat ( and once again, OFF YOU GO Black haha ).. Tapi ada beberapa lagu yg aku rasa kuat..BENCINTA ,CINTA ADAM DAN HAWA,MASIH JELAS,TAK MUNGKIN KERNA SAYANG,PERGI,DAN SEBENARNYA serta SITUASI..BENCINTA aku lihat berpotensi besar utk menang..Kekuatan lagu ni of course terletak pada nynyian Faizal Tahir sendiri,tapi komposisi lagunya jugak kuat..Sesuatu yg baru utk industri muzik Malaysia..Kalau Faizal berjaya bawak lagu ni dengan baik malam tu despite his health condition, lagu ni mungkin akan menjadi juara..CINTA ADAM DAN HAWA pula bagi aku adalah saingan terdekat kepada BENCINTA.. Lagu ni merupakan karya terakhir arwah Loloq..Lagu ni jugak dah jadi Lagu Pop Terbaik AIM 2009 jadi mungkin itu akan mempengaruhi juri pada malam tu..Melodi lagu ni tersendiri walaupun kdg2 kedengaran very the 80's punya muzik tapi dibantu oleh lirik yg bagi aku sangat luar biasa puitisnya selain susunan muziknya yg menambahkan lagi keindahan lagu ni sehingga menjadi sebuah lagu yg mempunyai nilai estetika yg tinggi..Tak mustahil lagu ni akan jadi Juara Lagu tahun ni..

Selain drpd tu, DAN SEBENARNYA juga mampu membuat kejutan..Kekutan lagu ni terletak pada melodinya yg segar..Sesuatu yg baru pada muzik tempatan..Begitu juga dengan SITUASI..Kedua2 mereka ni mungkin akan memastikan Juara Lagu tahun ni masih akan menjadi milik pemuzik indie utk tahun ketiga berturut2..Tapi aku sedikit ragu2 dgn SITUASI kerana lagu tu mmg kuat dan bagi aku layak diangkat sebagai juara kerana lagu tu telah merevolusasikan lagi muzik indie tapi problem dtg pada vokal Bunkface sendiri..Dorg ni nyanyi live hancor ah..So, maybe tipis sikit nak jd Juara Lagu..

MASIH JELAS juga tak mustahil bergelar juara..Lagu ciptaan Aidit Alfian ni memang cukup kuat dari segi melodinya..Liriknya jugak bagi aku sgt jujur dan mendalam..Bagi aku, lagu ni ada originaliti tersendiri berbanding lagu2 lain..Begitu jugak lagu PERGI..Lagu ni mungkin mampu membuat kejutan..Lagu ni sangat puitis dan mcm simbolik kepada pemergian Arwah Yasmin Ahmad..Walaupun ringkas tapi meninggalkan kesan..Kalau kena pada caranya, lagu ni tak mustahil mampu menyentuh hati juri sekaligus dinobatkan sebagai juara..Jangan dilupakan juga
lagu TAK MUNGKIN KERNA SAYANG.. Lagu ni jika dilihat, merupakan lagu paling popular 2009..Lagu ni pun ada kekuatan sendiri ditambah lirik yg sangat bagus drpd Habsah Hasan..Aku tak terkejut kalo lagu ni yg menang nanti..

Selain drpd lagu2 di atas, lagu2 mcm BENGANG,AKU SKANDAL dan AURORA juga aku rasa antara lagu yg jarang disebut2 utk menang tahun ni tapi aku tak tahu kenapa aku rasa satu drpd tiga lagu ni akan buat kejutan...And aku rasa, BENGANG.. lagu2 len mcm PAKAI BUANG,RINDU TERHENTI,KAU AKU jugak mampu buat kejutan..Cuma, tolongla jangan lagu AKU RINDU SAYANG KAMU tu menang..Memang tak logik kalo menang..Lagu tu tak layak langsung nak menang..Masuk final pun tak layak patutnya..Macam lagu bdak2 tadika hahaha Kalo lagu ni menang la, mau aku bakar pejabat tv3 haha coz mesti dorg saje nak menangkan artis rancangan dorg..

Pilihan aku utk Juara Lagu sebenarnya BENCINTA..Tapi memandangkan keadaan kesihatan Faizal Tahir yg tak brape, jadi mungkin akan mencacatkan sikit peluang dia..jadi ni pilihan aku :




JUARA LAGU : MISHA OMAR - CINTA ADAM DAN HAWA ( AZMEER/LOLOQ )

TEMPAT KEDUA : FAIZAL TAHIR - BENCINTA ( AUDI MOK/FAIZAL TAHIR )

TEMPAT KETIGA : ALYAH - TAK MUNGKIN KERNA SAYANG ( AJAI /HABSAH HASAN )



Tapi, senarai pilihan Possible aku pulak :






JUARA LAGU : DAN SEBENARNYA - YUNA ( YUNA/PAAN/EFRY/ADIL )
TEMPAT KEDUA : PERGI - AIZAT ( PETE TEO/AMRAN OMAR )
TEMPAT KETIGA : MASIH JELAS - HAFIZ ( AIDIT ALFIAN/AD SAMAD )



Senarai pilihan kejutan aku pulak :




JUARA LAGU : AKU SKANDAL - HUJAN ( NOH )
TEMPAT KEDUA : BENGANG - AKIM ( AMIR/SHEIKH QALAM )
TEMPAT KETIGA : AURORA - ESTRANGED ( ESTRANGED )


No comments: