Tuesday, November 04, 2008

ARGHHHH GERAMNYA......................


Paan geram giler arini tak dapat tengok last episode Sinetron SOLEHA ni.. Paan bajet besok dia last coz kalo nak diikutkan esok episod yang ke 150 tapi rupanya dia last arini.. last episode dia 149..bengong tul, citer ni abis kat nombor ganjil.. Frust jgk coz paan mmg follow sinetron ni tapi nak wat camana, paan ada kelas tadi habis pukul 5.30 p.m . Paan sempat tgk 15 minit terakhir je..Paan suka Sinetron ni for a few reasons :
  1. Paan memang suka lakonan Marshanda ( soleha ) dengan Rionaldo Stokhorst ( Rendra ) ni
  2. Paan suka lagu tema dia - SESUNGGUHNYA by UNGU
  3. Paan suka jalan cerita dia walaupun agak meleret2 tapi every episode ada je unpredictable things happen

Walaupun dapat tengok 15 minit terakhir je tapi Paan dapat gak tau apa yang berlaku atas bantuan dan cerita dari mak paan hehe.. Paan tak puas hati kenapa RENDRA mati..dia da banyak beralah n berkorban utk kebahagiaan SOLEHA.. ni semua salah ERVAN..da la amik hak orang..tak puas hati betul..Mak paan cakap RENDRA mati coz nak selamatkan SOLEHA dari kena tikam.. masa dia nak mati tu RENDRA sempat berterus terang ttg perasaan dia kat SOLEHA yang selama ni dia terpaksa pura2 bencikan SOLEHA coz dia da berjanji dengan ERVAN yang dia takkan ganggu hubungan ERVAN N SOLEHA lagi..SEDEYNYERR.. akhirnya ERVAN kahwin jugak dengan SOLEHA.. suka la tu rampas hak org.. pas dorg nikah SOLEHA pengsan and da mati pun tapi idup balik coz KONONNYA di alam yang lain SOLEHA jumpa dengan RENDRA tapi RENDRA tak bagi SOLEHA ikut dia.. So, SOLEHA pun idup balik..tapi SOLEHA lumpuh..and dorg idup bahagia dengan seorang anak yang dinamakan RENDRA.. SEDEYNYERR.. cian SOLEHA walaupun da ada anak dia tetap tak dapat lupakan RENDRA dat's why dia bagi nama RENDRA kat ank dia..

P/S : Agaknya bila boleh tgk last episode tu kat Youtube ek??

Sunday, November 02, 2008

Cinta Dalam Hati





Last night paan tengok cerekarama kat tv3.. tajuknya CINTA DALAM HATI.. Actually paan bukan selalu sangat tengok cerekarama ni..tapi tak tau nape macam tertarik pulak nak tengok cerita ni..maybe sebab tajuk dia sama dengan lagu kumpulan UNGU - CINTA DALAM HATI tu which is my favourite song..pelakon2 yang membintangi cerita ni ialah Zaefrul Nordin, Elly Mazlein, Rozita Che Wan, Dynas and lain2 ah.. cerita ni mengisahkan tentang Arman ( zaefrul ) yang sering mengalami masalah dalam rumah tangganya bersama isterinya, Karina ( Rozita )..Arman begitu menginginkan zuriat dalam rumahtangga mereka namun Karina tidak mahu mempunyai anak kerana ingin menjaga bentuk badan dan penampilan diri kerana beliau seorang model terkenal..dan kerana sudah tidak tahan, Karina meminta cerai daripada Arman..kisah lain pula ialah tentang Yana ( Elly ) yang baru saja melahirkan anak selepas kematian suaminya..kesusahan hidup memaksa Yana bekerja sebagai pelayan kelab malam ( in more familiar word, GRO ) untuk membayar sewa rumahnya..takdir menentukan Yana bertemu dengan Arman pada malam pertama dia bekerja sewaktu Arman datang ke kelab tersebut untuk menenangkan fikiran..Arman kemudian berkenalan dan menjadi rapat dengan Yana..pada masa yang sama, Karina mula terasa kehilangan Arman dan rasa menyesal atas perbuatannya.. Sementara itu, hubungan Arman dan Yana semakin rapat dan bibit2 cinta mula timbul di hati mereka..Satu insiden berlaku dan menyebabkan anak Yana meninggal dunia..Yana mula merasakan kehidupannya tidak lagi bererti dan Arman kemudian melamar Yana menjadi isterinya setelah perceraiannya dengan Karina selesai..Karina tidak mahu bercerai kerana dia baru sedar yang dia begitu cintakan suaminya.. pada hari pertunangan Arman dan Yana, Karina datang merayu Arman supaya menerimanya kembali.. Yana yang terdengar perbualan tersebut merasa bersalah dan meminta Arman kembali kepada Karina dan melupakannya..



Bagi paan, cerita ni memang different from other typical drama melayu..memang best dan menyentuh hati terutama kisah Yana..sinematografi cantik,dialog2 pun bagus ( sapa la penulis skrip,bagus2 ) tapi one thing that i noticed, throughout the story, all da songs potrayed in this drama ialah lagu2 dari seberang..takde 1 pun lagu artis2 Malaysia.. lagu2 english ada la tapi still bukan lagu Malaysia.. Paan tersenyum sendiri bila mengingatkan keluhan karyawan kita yang sibuk memperjuangkan 90 : 10..KONONNYA radio2 tak support artis tempatan, tapi produksi tempatan pun tak nak mainkan lagu2 artis kita dalam drama2 mereka..macam drama CINTA DALAM HATI ni,semua lagu dari seberang, UNGU,KERISPATIH and ada la a few artis indon lagi..Paan sendiri sebenarnya tak setuju dengan cadangan 90:10 tu coz pada paan, music tu universal..tak kira la lagu tu dari seberang ke dari barat ke, kalo da lagu tu memang bagus orang akan suka..sepatutnya karyawan kita anggap kebanjiran lagu2 dari seberang ni as a challenge utk compete dalam menghasilkan lagu2 yang bermutu..bukan menyalahkan radio2 tak mainkan lagu mereka..peminat sekarang dah bijak menilai.. tak bermakna kalau kita sekat lagu2 dari seberang, lagu2 kita akan diterima ..tak bermakna pendengar2 takkan cari lagu2 dari seberang tu..kalo tak dimainkan kat radio, people stiil akan cari lagu tu kat internet and download..so actually, it's not the radio station tha has to be blamed.. Paan sendiri pun selalu cari lagu2 seberang melalui internet.. Paan mengaku yang Paan memang lebih gemar lagu2 seberang coz lagu2 mereka bagus, lirik pun mendalam, melodi yang catchy..tapi paan takdela tak dgr langsung lagu2 artis kita.. bagi paan, kalo lagu tu mmg bgus, paan akan suka tak kira lah dari Malaysia ke indonesia ke US ke.. contohnya AIZAT, lagu2 dia setanding dgn artis seberang and paan suka dgr lagu2 dia.. kalo lagu2 kita memang dah tak bagus dan masih berada di takuk yang lama, jangan nak salahkan peminat kalo lebih suka lagu2 seberang.. ni tak, kalo lagu cinta tu,mendayu2 giler,, lagu2 seberang pun pasal cinta jgk tapi takde la mendayu2 mcm lagu kita..apa yg paan perasan, lagu2 seberang ni kekuatan mereka dari segi melodi and lirik yang betul2 bagus.. itu yang karyawan kita kurang..kalo lagu2 kita bagus produksi tempatan pun mesti pakai lagu2 kita dalam drama2 terbitan dorg..jadi tepuk dada tanya selera..jgn asyik menyalahkan org lain.. LU PIKIRLAH SENDIRI....



P/S : first time tgk drama Malaysia yang tak pakai langsung lagu artis sendiri..tapi lagu cinta dalam hati tu memang kena dgn Yana tu,,sobs..sobs..

Saturday, November 01, 2008

I'm Back...

I'm back..hehe lama rasanya dah tak menjenguk blog paan ni..pas first post dulu,paan busy sikit almaklumlah, puasa, raya semua so lama tak jenguk blog sendiri..tapi sekarang tiba2 rasa nak aktif kembali..pas ni I will try to post as frequent as i can..lagi pun sekarang tengah tak busy lagi coz exam pun belum mula so I still have lots of free time..Eh, baru teringat, paan takde mana2 kawan lagi pun..over pulak explanation,macam dah ada followers haha



P/S : paan merepek2 ni coz tgh lapar..tgk la time post ni huhu

Saturday, September 06, 2008

FINALLY....

FINALLY..hehe bjaya jgk paan memiliki blog sendiri yahoooooooooooooooooooooooooooo..hehe actually dah lama paan nak ada blog ni but one thing yang selalu menghalang is : TAK TAHU NAK BUAT..haha paan ni slow ckit bab2 camni tapi keinginan utk memiliki blog tu akhirnya mengatasi segala2nya maka terhasillah blog ini..hehe tapi blog paan ni takde ah mcm blog2 org lain yg canggih2 tu coz paan baru blaja so phm2 jela ek kalo blog ni terlalu basic sgt hehe