Monday, July 27, 2009

Merindukanmu..

Aku sekarang ni berada di rumah coz Uitm ditutup untuk satu minggu ekoran wabak H1N1..Actually,aku pun baru je baik daripada demam panas yg teruk sgt..aku dah cuti since last Thursday lagi coz aku dah demam since Rabu lagi..so,malam rabu tu my family took me back coz mmg teruk sgt aku demam masa tu to the extent aku muntah2..and then Thursday tu my dad bwk jmpa doc utk periksa manela tau kot2 H1N1 kan? but it turned out to be sebaliknya pulak..I was suspected with dengue..aku dapat mc 4 hari from Thursday to Sunday (since doc tanya sabtu n ahad ada aktviti x,aku jwb jela ada)..Doc kata if Monday(whics is today) tak elok2 jgk, aku kena dtg lg utk blood test utk confirmkan aku kena denggi but thank god,aku dah sihat balik..tapi at the same time,Uitm pulak tutup hehe so bertambah panjang la cuti aku hehe

Actually pagi tadi aku pegi temankan mak aku pegi Carrefour Wangsa Maju kejap,beli brg2 dapur and unexpectedly,aku boleh terserempak dgn DIA..sape DIA?aku tak pernah cerita pasal dia kat sini cuma kalo org perasan,dkt profile aku kat tepi tu aku pernah kate,"I don't believe in love coz been hurt& betrayed once"..and she's da reason why I said that..cukupla sekadar aku panggil dia S..S actually is my 1st luv..and probably my last one too..kitorg kenal since form 4..dia ni boleh dikatakan gurlz yg paling lawa and terkenal kat skul masa tu..semua laki gilakan dia sbb dia popular,cantik,baik..perkenalan kitorg bermula bila dia daftar as the 2nd intake kat kelas aku(aku 1st intake)..aku tak kisah sgt pasal dia masa mula2 dulu sebenarnya but as time goes by,kitorg rapat sebab kwn bek dia tu rapat dgn aku so kitorg pun selalu bersama..maybe pada org,aku suka kat dia coz dia cantik,popular semua tu but actually it was not..aku jatuh cinta pada kelembutan dan kesederhanaan diri dia..bila kitorg rapat and selalu bersama tula aku sedar semua ni,aku sedar yg aku dah jatuh cinta kat dia tapi aku tak pernah berani utk luahkan kat dia coz aku sedar,sape la aku ni?rupa takde,popular pun tidak,setakat best student je..lagipun at that time,aku yakin yg dia takde pape perasaan pada aku..

Nak dijadikan cerita,kwn bek aku satu hari jumpa aku,dia bgtau aku yg dia cintakan S..and dia nak aku tlg satukan dia dgn S..Masa tu aku rasa berbelah bagi sgt..patutke aku terus terang kat dia yg sebenarnya aku pun cintakan S?Atau patutke aku lupakan S dan tlg dorg dua bersama? berhari2 aku fikir pasal benda ni and akhirnya,aku decided utk lupakan perasaan aku sendiri dan tlg dorg dua bersama..and usaha aku berjaya..dorg suka sama suka so,dorg pun jadi couple after that..since then,aku dah tak rapat lagi dgn S,aku banyak jauhkan diri daripada dorg dua coz aku tak kuat utk lihat dorg bersama..setiap kali aku lihat dorg bersama,satu perasaan yg sgt menyakitkan selalu hadir dalam hati aku..S selalu tegur aku cuma aku je yg tak brape layan..S selalu tanya pada aku nape aku menjaukan diri daripada dia?dia ada bwat salah ke pada aku? and pernah satu ketika tu,dia sampai nangis2 jumpa aku sbb dia kata dia tau dia mesti ada bwat salah kat aku..disebabkan aku tak sanggup tgk dia macam tu,aku pun tipu dia dgn kata aku ada masalah..and after that,kitorg rapat balik..ke mana2 pun dia nak aku ikut dia dgn bf dia..sampaikan bila dorg pegi dating pun dia nak aku ikut sekali..disebabkan aku taknak kecewakan dia,aku pun ikut je kemahuan dia..

Lama-kelamaan,bf dia mula rasa tak senang sebab even though S gf dia tapi S selalu ckp psl aku bila dorg bersama, pegi dating pun S mesti nak aku ikut sekali..bf dia syak yg S suka kat aku..bf dia sampai tanya kat S pasal ni..and surprisingly, S mengaku..dia kata sebenarnya dalam hati dia cuma ada aku..dia tak pernah cintakan org lain..dia terima couple dgn bf dia pun sbb dia frust aku jd matchmaker dorg sedangkan dia cintakan aku...pastu dorg pun putus..masa tu aku pun tak tau nape dorg break up so aku tanya bf dia tu,and then bf dia tu bgtau aku benda sebenar..masa tu, aku tak tau nak simpati atau gembira coz aku baru dpt tau rupa2nya selama ni aku tak bertepuk sebelah tgn..lepas kejadian tu, S ada ajak aku jumpa..aku dah agak yg dia mesti nak terus terang..masa tu aku ingat lagi,kitorg set nak jumpa kat taman klcc..dia ckp dia ada hal penting nak bgtau aku..aku saje pura2 tak tau and pegi la masa ari tu..dia mula2nya malu2 nak luahkan..jadi aku yg mmg dah tau apa yg dia nak bgtau pun takde tgu2 lagi,aku pun terus terang kat dia perasaan aku yg aku dah pendam selama ni..siap bagi bunga ros putih lagi (favourite S) kat dia..masa tu,dia nangis...and terus peluk aku..dia kate dia tak sangka yg aku suka kat dia..and sepatutnya dia yg nak terus terang kat aku tapi dia pulak yg terkejut..masa tu mmg sweet sgt..kitorg duduk habiskan masa berdua kat situ sampai la senja..since then,kitorg pun officially became couple..

Dua tahun kitorg bersama..and dalam dua tahun tu jgk aku tak pernah sia2kan dia..walaupun dia banyak peminat tapi aku tak pernah cemburu coz aku percaya dia takkan duakan aku..hubungan kitorg berjalan lancar and takde pape pun berlaku sampai la abes spm..kitorg msg2 keja sementara tgu result..and sejak keja tu,kitorg dah jrg jumpa..msg and call pun sekejap je coz selalu dia kate dia penat..aku pun malas nak pikir bukan2 coz aku percayakan dia..sampai la satu hari tu, aku ingat nak buat surprise kat dia dgn pegi tempat keja dia..aku tak bgtau dia nak dtg..and masa aku dtg tu,aku tgk dia tgh borak dgn kwn sekerja dia..which is,LELAKI..mesra sgt siap pgg2 tangan lagi..aku tak nak pikir bkn2 coz aku btul2 percaya kat dia..mungkin laki tu gurau je dgn dia..bila aku sergah dorg,dorg mcm terkejut sgt and S cepat2 lepaskan tangan laki tu..dia kelam kabut sgt bila nampak aku..aku malas nak tanya pape and kitorg terus pegi makan..2,3 minggu pastu,aku dapat satu msg daripada org yg aku tak kenal..dlm msg tu kate,"kalau kau nak tahu ape gf ko buat blkg kau,dtg kat tempat keja dia waktu rehat ni"..aku mcm serba salah,nak percaya atau tak msg tu,tapi mmg dah lama S tak contact aku sejak aku dtg tempat keja dia tu,so aku pun dtg je la utk sedapkan ati walaupun jauh dlm ati aku,aku percaya S tak mcm tu..masa sampai kat food court tempat keje dia tu,aku tercari2 mana S coz time tu time break,so mesti dia ada kat tempat makan..and then,aku ternampak,S dgn budak laki aritu..tgh pgg2 tgn and bersuapan..aku tak tau nak gambarkan perasaan aku time tu..rasa sakit yg amat sgt..aku rasa kaki aku lemah nak melangkah..aku tak sangka S buat mcm ni kat aku..aku tak sergah dorg but instead,aku terus blah...

2,3 ari pastu,S contact aku,dia ajak jumpa..aku dah agak ape yg dia nak ckp..dia terus terang yg dia dah tak cintakan aku lagi..dia dah ada org lain..and dia kate laki tu sebenarnya 1st luv dia masa form3..and dia kate dia ssh nak lupakan 1st luv dia tu..and dia mintak aku jadi kwn je...and dia terus pegi..aku yg daripada tadi tak bersuara,terus duduk kat situ sampai la ke petang...nape dia tak pernah ckp yg dia ada 1st luv?nape dia kena curang belakang aku?..aku paham,susah utk kita lupakan 1st luv kita..tapi,macam mana dgn aku?? dia cinta pertama aku..senang ke aku nak lupakan dia??lepas daripada kejadian tu,kitorg ada jumpa masa amek result spm,tapi dia tak tegur pun aku atau congratulate aku..and lepas daripada tu,kitorg langsung tak berhubung atau jumpa lagi..sampai la sekarang...sampaila kitorg terserempak pagi tadi...dia still dgn laki tu lagi skrg..and aku tgk dorg pun bahagia..walaupun aku cuba belagak biasa bila jumpa dorg tapi dlm ati aku menangis coz tak sangka yg dorg masih kekal bersama and S pun nampak bahagia dgn laki tu..and tak lama lagi dorg pun nak bertunang..

Aku sedih sbb aku tau aku dgn S mmg dah tak de any possibilities utk kembali bersama but at da same time,aku happy coz at least,dia bahagia dgn pilihan dia...walaupun dialah satu2nya perempuan yg aku cintai dan mungkin juga yg terakhir, tapi aku relakan dia jadi milik org lain..mungkin mmg dah takdir Allah..aku reda..aku juz doakan dorg bahagia..walaupun laki tu bukan aku,cukupla bagi aku kalau S bahagia..lagipun aku percaya, cinta tak semestinya harus bersama..

2 comments:

Rizha CUMA (FH) said...

hurm.
paan, even sy x kenal awk nie.
x kesah la kan.
cm x caye je de laki cm awk nie.
huhu.
so loyal and tabah sgt.
bagus la.

Paan Potter said...

Hehe ramai org kate sy bodo coz no point loyal pada org yg x sepatutnya hehehe anyway,thanx..