Tuesday, January 20, 2009

AJL 23..

AJL 23 telah pun melabuhkan tirainya pada malam 18 Januari yg lalu dengan menyaksikan kemenangan berpihak kepada MEET UNCLE HUSSEIN.. Dan rata - rata ramalan Paan hari tu mengena kecuali kategori Etnik Kreatif & Persembahan Terbaik.. Ini senarai pemenang pada malam tu:

Juara Lagu : Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussein
Juara Etnik Kreatif : Persoalan Cinta - Farawahida
Juara Balada : Sampai Syurga - Faizal Tahir
Juara Pop Rock : Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussein
Persembahan Terbaik : Faizal Tahir - Sampai Syurga
Vokal Terbaik : Faizal Tahir - Sampai Syurga

Keputusan tahun ni sememangnya tepat cuma mungkin ada banyak orang yg mempertikaikan keputusan bagi kategori persembahan terbaik & vokal terbaik.. standard la tu, rumah siap, pahat berbunyi.. keputusan juri adalah muktamad so terima jela

Boleh dikatakan AJL 23 ni adalah antara yg terbaik dalam penganjurannya..semua peserta mempamerkan persembahan yg hebat tak kira yang bertanding,interlude mahu pun persembahan pembukaan..

SOFAZ - BUKAN DI SINI


Persembahan yang ok..sedap tapi biasa je..macam takde keinginan nak menang..

AIZAT - LAGU KITA




Persembahan yg bersahaja dari Aizat tapi cukup indah.. Simple but meaningful..ada kakak Aizat enterframe sama hehe persembahn bagus cuma mungkin saingan sengit, bukan rezeki tapi still da best..



AIMAN - DUSTA BERKALANG




Mula2 opening rasa mcm dah best dah,mcm nak kena dgn konsep peperangan kat Gaza tu tiba2 keluar plak Aiman yg berpakaian tak ubah mcm Firaun sesat kat zaman moden ni.. Aiman plak nampak nervous, nyanyi pun tak duduk kat center stage tapi duduk kat tepi sdgkan center stage tu dibiarkan kosong..Sayang coz lagu ni patutnya boleh menang..


FAIZAL TAHIR - CUBA




Persembahan yg baik and quite simple but the vocals was superb as usual..kalau takde lagu SAMPAI SYURGA pun rasanya lagu ni susah nak menang coz tak mcm ballad but lebih kepada rock but anyway still a good performance..


ESTRANGED - YANG PERNAH




Rasanya kali ni Estranged kurang menyengat sikit la.. tu pendapat peribadi la..performance dorg tak segempak last year..tapi still best jgk especially bila dorg keluar dari tabir tu, quite interesting to watch..kalau takde Meet Uncle Hussein maybe dorg ada peluang

AYU - HANYA DI MERCU



The 1st thing that came in my mind when i saw her is SEJIBIK OPRAH WINFREY haha tapi orait la tu yg penting performance dia bagus,vokal tak kantoi mcm semi final,everything was good cuma tak de rezeki..

ZAHID & HELIZA - DOA DALAM LAGU



Persembahan yg biasa2 je tapi rasanya Zahid nyanyi lagu ni lebih sedap daripada Mawi..a bit soft compared to Mawi's voice..

FAIZAL TAHIR - SAMPAI SYURGA



Persembahan yang kreatif..mula2 ingatkan apa la org ramai ni buat kat atas stage tu, krew AJL ke? rupa2nya gimik..walaupun banyak org kate performance ni ntah pape tapi to me it was brilliant..semua yg Faizal buat tu sebenarnya berdasarkan lirik lagu tu sendiri..hanya yg btul2 faham je akan tahu kenapa persembahan ni jadi persembahan terbaik..vokal pun superb..

SPIDER - BILA NAK SAKSI




Persembahan yg simple sama macam Relaku Pujuk dulu cuma takde pape pembaharuan..sama je macam selalu..maybe sbb tu tak menang..tapi vokal Tam as usual, best..

STACY - AKU STACY




This was probably da most energetic and exciting performance of the night..As predicted, Stacy mesti akan buat yg gempak..and rasanya Stacy la yg mula memanaskan keadaan malam tu sampai la ke persembahan yg terakhir..walaupun tak menang persembahan terbaik, tapi performance Stacy still one of da best performance that night..

ZIANA ZAIN - DINGIN



Persembahan yg mantap..vokal Ziana power betul walaupun dah agak kertu..mati2 ingat dia yg dapat anugerah vokal terbaik tapi macam yg selalu cikgu siti hajar cakap, tak semestinya org nyanyi high pitch tu teknik dia betul..so maybe yg profesional lebih tahu nape Ziana tak layak menang ..anyway still a good performance..

MEET UNCLE HUSSEIN - LAGU UNTUKMU



What else to say ? dari awal persembahan sampaila ke akhir, it was brilliant..very energetic, good vocal..tgk pun dah boleh agak yg dorg akan menang and dorg memang layak menang malam tu..very powerful..

FARAWAHIDA - PERSOALAN CINTA




Persembahan yg tak ubah macam Noraniza Idris haha performance bagus..semua ok dgn meriahnya pentas with the dancers, ditambah pula dgn saingan lain dalam kategori ni yg buat persembahan biasa2 je, mybe sebab tu boleh menang kot..

ELYANA - KALIS RINDU



Persembahan yg agak mengecewakan bagi Paan..Nampak terlalu santai nyanyian Elyana sampai tak clear.. pastu mula2 tu mic tak on ke ape tak tau la yg menganggu sedikit performance..sayang coz lagu ni sepatutnya boleh menang..Meet Uncle Hussein pun kate macam tu..Paan lagi suka persembahan masa semi final aritu..


Overall, AJL 23 kali ni memang da best..congrates to all da winners and 4 those who didn't win, try again next year..

No comments: