Saturday, January 17, 2009

Ramalan AJL 23





ILUMINASI MUZIK





Esok bakal berlangsung Anugerah Juara Lagu yang ke - 23.. kali ni AJL menyaksikan 14 buah lagu bakal bertanding dalam 3 kategori : Etnik kreatif, Pop rock dan Balada... Paan memang tak pernah miss tgk AJL ni every year.. The 1st time Paan tgk Juara Lagu is when I was 6..masa Ct menang Juara Lagu utk lagu Jerat Percintaan..

Okay disebabkan esok adalah AJL 23 so, Paan jgk ada certain predictions 4 each category.. but b4 that here are the 14 songs that wiil compete tomorrow :

ETNIK KREATIF




1. Dusta Berkalang - Aiman ( Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya)


2. Doa Dalam Lagu - Zahid & Heliza ( Ajai /Loloq)



3. Persoalan Cinta - Farawahida ( Julfekar/Ku Seman, Izza Rosley)





Pop Rock




1. Aku Stacy - Stacy ( Intan Norul Azlin/Layla Ismail)

2. Yang Pernah - Estranged ( Estranged/Estranged)


3. Bukan Di Sini - Sofaz ( Zimi, Ameer/One)


4. Lagu Untukmu- Meet Uncle Hussein ( Taja,Tass,Lan/Taja,Tass)


5. Kalis Rindu- Elyana ( Aidit Alfian/Ad Samad)






Balada

1. Lagu Kita - Aizat ( Aizat/Aizat)



2. Coba - Faizal Tahir ( Audi Mok/Faizal Tahir)



3. Bila Nak Saksi - Spider ( Tam/ Loloq)



4. Sampai Syurga - Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir)



5. Dingin - Ziana Zain ( Azlan Abu Hassan/Azalea)



6. Hanya Di Mercu - Ayu ( Aubrey Suwito/Habsah Hassan)




And now,here are my predictions :




Etnik Kreatif










Dusta Berkalang - Aiman ( Hafiz Hamidun/ Ahmad Fedtri Yahya)

Antara 3 lagu yg ada dalam kategori Etnik Kreatif, lagu ni ada peluang yg cerah utk menang kerana komposisi muziknya yg bagus,jgn lupa Hafiz Hamidun banyak menerima anugerah utk Susunan muzik dalam AIM dan sebagainya..begitu juga lirik yg ditulis Fedtri,sungguh mendalam..lagu ni seakan kena dgn peperangan yg sedang berlaku di Gaza so mungkin ada peluang..tapi mungkin akan menghadapi saingan sengit daripada lagu DOA DALAM LAGU.. Lagu ni juga ada peluang kerana ada elemen2 arab dlm lagu ni dan jgn lupa lirik lagu ni ditulis oleh Loloq,so pastinya lirik lagu ni juga amat bagus..Lagu PERSOALAN CINTA juga mampu membuat kejutan jika kelainan yg dicari kerana lagu ni sarat dgn elemen orientalnya serta lirik yg indah..



Pop Rock






Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussein ( Taja,Tass,Lan/ Taja,Tass)


Dalam kategori Pop Rock pulak, lagu ni adalah calon favourite utk memenangi kategori ini..lagu ni ada kelainan berbanding lagu lain kerana melodi dan komposisi muziknya segar dann bertenaga serta kdg2 kedengaran seperti muzik brit-pop yg seakan2 Coldplay dan sebaginya..lagu ni berjiwa dan liriknya juga antara yg terbaik kerana penceritaannya yg berbeza.Saingan terdekat tentunya dari lagu YANG PERNAH.. tak mustahil Estranged mengulangi sejarah tahun lepas kerana lagu ni lebih bertenaga dan energetik daripada Itu kamu..komposisi muziknya juga lebih baik jika dibandingkan dgn Itu Kamu. .lagu ni juga mampu mengalahkan LAGU UNTUKMU..jgn tekejut jika KALIS RINDU yg memenangi kategori ni kerana lagu ni cukup catchy dgn sedikit elemen broadway pastinya menjanjikan satu kelainan ditambah pula dgn lirik dari Ad Samad yg sgt menarik dan berseni,tak mustahil lagu ni bakal menang..BUKAN DI SINI dan AKU STACY juga bagus cuma mungkin tidak sekuat 3 lagu ini namun jgn terkejut kerana AJL kan penuh kejutan,seperti tahun lepas, siapa sangka Estranged akan menang kan? so mana tahu 2 lagu ni mampu mengulangi sejarah tersebut.. tapi lagu AKU STACY mampu buat kejutan sama seperti Itu Kamu tahun lepas..








Balada










Sampai Syurga - Faizal Tahir ( Audi Mok/Faizal Tahir)



Lagu ni ialah calon utama utk menang kategori ni kerana lagu ni cukup kuat dari segi komposisi dan penciptaan lagu yg dilihat cukup berbeza..liriknya juga ringkas namun mendalam ditambah pula dgn vokal dan penghayatan Faizal yg menjadikan lagu ni sgt indah.COBA juga berpeluang utk menang..Saingan terdekat adalah lagu DINGIN kerana melodinya cukup kuat dan indah begitu juga lirik yg mendalam,jgn lupa komposer lagu ni, Azlan Abu Hassan ialah juara kategori ni tahun lepas.. HANYA DI MERCU juga mampu membuat kejutan kerana lagu ni seakan2 lagu GEMILANG-JAC.. lagu ni sgt berinspirasi ditambah lirik yg begitu sempurna dari Habsah Hassan serta melodi kuat dari Aubrey Suwito,lagu ni juga dilihat mempunyai peluang utk menang..Kalau kelainan yg dicari maka LAGU KITA lah yg layak menang..lagu yg simple dan indah dgn lirik yg ringkas tapi bermakna..lagipun lagu ni mmg kena dgn pasaran dan kehendak pendengar zaman skrg maka tak mustahil lagu ni mampu menang..BILA NAK SAKSI juga mampu membuat kejutan,ingat lagi RELAKU PUJUK menang mengejut mengalahkan lagu yg cukup kuat PULANGKAN?


Vokal Terbaik






Faizal Tahir - Sampai Syurga

Siapa yg dapat menyangkal kehebatan vokal Faizal Tahir? ditambah pula dgn dua lagu tercalon, menjadikan Faizal berpeluang cerah utk merangkul anugerah ini kerana saingannya adalah dirinya sendiri utk lagu COBA, namun SAMPAI SYURGA lebih menunjukkan kekuatan vokal Faizal..saingan Faizal tentunya Ziana Zain kerana DINGIN cukup mempamerkan kehebatan vokal Ziana..Selain tu, Lan dari Meet Uncle Hussein juga mampu memenangi kategori ni kerana vokalnya yg mantap dan unik..tak mustahil juga Stacy kerana seperti yg diketahui, walau selincah mana Stacy menari,vokalnya tetap menyerlah dan tak pernah pancit,menunjukkan betapa bagusnya kawalan vokalnya walaupun menari.. Elyana juga mampu buat kejutan dgn nyanyiannya yg bersahaja..







Persembahan Terbaik










Stacy - Aku Stacy

Org yg paling tepat utk memenangi kategori ini kerana kita tahu setiap persembahannya mesti diiringi gerak tari yg mantap,lincah dan sgt energetik..Stacy sentiasa memberikan persembahn yg penuh stamina.,bertenaga dan vokal yg mantap tanpa pancit walau selincah mana pun Stacy menari...setiap kali Stacy menyanyikan lagu ni,pasti kaki kita terasa mahu menari bersama mengikut melodi lagunya yg sgt catchy dan energetik..


Juara Lagu




Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussein ( Taja,Tass,Lan/Taja,Tass)

Lagu ni merupakan calon paling layak utk menjadi Juara Lagu pada tahun ini..lagu ni mencetuskan fenomena dan mencipta kelainan..lagu ni sgt unik,ringkas dan bertenaga dan sgt layak dinobatkan sebagai Juara Lagu..namun lagu2 lain yg juga berpotensi menjadi Juara Lagu adalah seperti SAMPAI SYURGA,DUSTA BERKALANG,DINGIN,HANYA DI MERCU,KALIS RINDU,LAGU KITA,YANG PERNAH.. tapi bagi Paan, Paan suka kalau lagu AKU STACY yg menang hehe ( Paan mmg minat Stacy)..sbb bg Paan lagu ni paling catchy antara semua..Paan tau kalau dari sudut profesional,lagu ni tipis nak menang sebab pada dorg lagu ni biasa je tapi bagi Paan, lagu yg baik ialah lagu yg bila 1st time kita dgr je kita dah boleh tangkap dan lagu ni ada aura tu..lagi pun lagu ni kalau dgr je kita rasa bertenaga dan nak menari..very catchy..ada elemen rock n roll dan 60's sikit dalam lagu ni yg bagi Paan cukup unik..tapi ni pendapat org yg bkn pro macam Paan je la..hehe



So, itulah ramalan Paan utk AJL 23 esok..nak tau keputusan sebenar, sama2 la kita tunggu esok...

No comments: